Wednesday, 25 May 2011

SUNTIK AJER SENANG

Control Anak! Itu sudah kemestian bagi mereka2 yang mahu hidupnya lebih terurus. Aku adalah satu antaranya. Korang camner? Tapi pandangan setiap orang pasti akan berbeza2. Apa yang aku nak sentuh kali ni bukanlah pro dan kontra control anak tapi cara control anak. Itupun cara yang aku buat. SUNTIKAN.

Sebenarnya inilah kali pertama aku jalani cara control anak dengan bantuan klinik. Sebelum ni aku ngan suami control cara semulajadi. Apa tu semulajadi? Jangan semai benih di tempatnya..... .Bagi mereka yang belum kawin ingt NIKAH DULU BARU KAWIN tau..... . Jangan buat zalim dengan diri sendiri..... .

Okla. Suntikan ni aku ambik bulan lepas. Sebelum buat keputusan ni aku ngan suami buat research sikit2 dengan kaedah control anak. Masa aku masih kandungkan anak yang ke-empat aku dah nekad, cukupla 4 orang. Aku ngan suami kene tumpukan perhatian pada pendidikan dan ekonomi keluarga pulak. Jadi time jumpa doktor kitorang tanyala pilihan2 yang ada.

Lepas doktor bagi beberapa pilihan, aku ngan suami balik umah dan bincang. Kami menolak kaedah makan pil sebaaaaab aku ni malas makan ubat. Mesti skip punyer. Lagipun tengok adik aku yang amalkan makan pil, macam susah jer siap kene pasang reminder. Tak boleh silap.

At last aku ngan suami cadang nak ikat. Doc cakap kalau perempuan ikat pun sperma lelaki tetap akan masuk, telur perempuan masih terhasil cuma jalannya disekat. Kebarangkalian sperma dan telur untuk bersatu memang kurang tapiiiii...... tetap masih boleh bersenyawa dan mengandung juga kalau sperma dan telur berjaya bertemu. Dan ia adalah sangat bahaya dimana seorang perempuan boleh alami masalah mengandung di luar rahim. Terus aku cancel. saper nak sakit woo. Lagipun aku asyik mimpi bersalin jer. Dah dua tiga kali lepas baby aku lahir. Buatnya itu petunjuk dari Allah bahawa kami akan dapat anak lagi, nayala aku kalau jalannya dah diikat.

Pilihan lain, suami aku buat vasektomi. Iaitu salur laki yang diikat. Cara ini memang mustahil sperma nak jumpa ovum perempuan tapi masalahnya.... sperma banyak berkumpul dalam lelaki dan akan membuatkan suami anda lebih ganas....... . Oh tidakkkk. Memang aku reject awal2. Tak larat lak nanti.

At last bila aku dan suami dah ke klinik untuk attach dengan pregnancy control program, aku pilih injection. Nasib baik aku bertanya. Bukan apa aku pegi klinik kerajaan. Aku ingat ader kaedah pil jer. Mak mak yang lain kat kiri kanan aku sumenya ambik pil. Aduyai sementara aku menunggu giliran aku tengokla mak mak yang lain dok kira tarikh dengan nurse , hari apa boleh makan, bila kene makan, kalau tuka ubat lain macam pulak, kalau tarikh dah lari lagi pening.

Akhirnya kaedah yang attach ngan aku sekarang ni injection. setiap 3 bulan. Senang jer. tak ader aktiviti yang berubah  atau bertambah setiap hari. Cuma 3 bulan sekali jer pegi klinik ambik injection. Yang lain biasa. Tak perlu reminder  tak perlu makan pil tak perlu risau. Peratus kejayaan mengikut fliyers yang aku dapat dari hospital untuk  kaedah ini adalah tinggi dan hampir 100%. Haa berikut adalah info yang aku dah lama nak update dalam blog aku nih untuk kegunaan sang isteri dan sang suami juga ya.... .

APAKAH KAEDAH SUNTIKAN

Sejenis hormon sintetik yang diberi secara suntikan intramuskular. Suntikan boleh diberi  setiap 1,2 dan 3 bulan mengikut jenis yang digunakan.

BAGAIMANA  KAEDAH SUNTIKAN DAPAT MENCEGAH KEHAMILAN
> Suntikan hormon akan menghalang pundi telur (ovari) dari mengeluarkan telur.
>Ia juga memekatkan lendir serviks dan menyukarkan sperma memasuki rahim.

BAGAIMANA MENGGUNAKAN KAEDAH INI
>Suntikan pertama diberi pada hari ke 5 pusingan haid atau 3 hari selepas keguguran atau 6 minggu selepas bersalin. Suntikan diberikan oleh petugas kesihatan yang terlatih.

KEBAIKAN KAEDAH SUNTIKAN
>Tidak mengurangkan pengeluaran susu ibu
>Sesuai untuk wanita berumur 40 tahun dan keatas
>Tidak perlu diambil setiap hari

KEBERKESANAN KAEDAH SUNTIKAN
>Keberkesanan yang tinggi (hampir 100 %)

PEMERIKSAAN KESIHATAN
>Pemeriksaan kesihatan perlu dilakukan oleh doktor seelok-eloknya sekali dalam bulan pertama dan seterusnya pada tiap-tiap tahun.

KESAN SAMPINGAN
Kesan sampingan yang mungkin berlaku ialah :
+ pening-pening
+Bertambah berat badan
+Sakit-sakit di payudara
+Pendarahan yang terlalu sedikit dan berterusan atau tidak datang haid.

Kesemua kesan ini hanya sementara dan akan hilang dengan sendiri. Sekiranya kesan sampingan membimbangkan, sila hubungi doktor.Control Anak! Itu sudah kemestian bagi mereka2 yang mahu hidupnya lebih terurus. Aku adalah satu antaranya. Korang camner? Tapi pandangan setiap orang pasti akan berbeza2. Apa yang aku nak sentuh kali ni bukanlah pro dan kontra control anak tapi cara control anak. Itupun cara yang aku buat. SUNTIKAN.

Sebenarnya inilah kali pertama aku jalani cara control anak dengan bantuan klinik. Sebelum ni aku ngan suami control cara semulajadi. Apa tu semulajadi? Jangan semai benih di tempatnya..... .Bagi mereka yang belum kawin ingt NIKAH DULU BARU KAWIN tau..... . Jangan buat zalim dengan diri sendiri..... .

Okla. Suntikan ni aku ambik bulan lepas. Sebelum buat keputusan ni aku ngan suami buat research sikit2 dengan kaedah control anak. Masa aku masih kandungkan anak yang ke-empat aku dah nekad, cukupla 4 orang. Aku ngan suami kene tumpukan perhatian pada pendidikan dan ekonomi keluarga pulak. Jadi time jumpa doktor kitorang tanyala pilihan2 yang ada.

Lepas doktor bagi beberapa pilihan, aku ngan suami balik umah dan bincang. Kami menolak kaedah makan pil sebaaaaab aku ni malas makan ubat. Mesti skip punyer. Lagipun tengok adik aku yang amalkan makan pil, macam susah jer siap kene pasang reminder. Tak boleh silap.

At last aku ngan suami cadang nak ikat. Doc cakap kalau perempuan ikat pun sperma lelaki tetap akan masuk, telur perempuan masih terhasil cuma jalannya disekat. Kebarangkalian sperma dan telur untuk bersatu memang kurang tapiiiii...... tetap masih boleh bersenyawa dan mengandung juga kalau sperma dan telur berjaya bertemu. Dan ia adalah sangat bahaya dimana seorang perempuan boleh alami masalah mengandung di luar rahim. Terus aku cancel. saper nak sakit woo. Lagipun aku asyik mimpi bersalin jer. Dah dua tiga kali lepas baby aku lahir. Buatnya itu petunjuk dari Allah bahawa kami akan dapat anak lagi, nayala aku kalau jalannya dah diikat.

Pilihan lain, suami aku buat vasektomi. Iaitu salur laki yang diikat. Cara ini memang mustahil sperma nak jumpa ovum perempuan tapi masalahnya.... sperma banyak berkumpul dalam lelaki dan akan membuatkan suami anda lebih ganas....... . Oh tidakkkk. Memang aku reject awal2. Tak larat lak nanti.

At last bila aku dan suami dah ke klinik untuk attach dengan pregnancy control program, aku pilih injection. Nasib baik aku bertanya. Bukan apa aku pegi klinik kerajaan. Aku ingat ader kaedah pil jer. Mak mak yang lain kat kiri kanan aku sumenya ambik pil. Aduyai sementara aku menunggu giliran aku tengokla mak mak yang lain dok kira tarikh dengan nurse , hari apa boleh makan, bila kene makan, kalau tuka ubat lain macam pulak, kalau tarikh dah lari lagi pening.

Akhirnya kaedah yang attach ngan aku sekarang ni injection. setiap 3 bulan. Senang jer. tak ader aktiviti yang berubah  atau bertambah setiap hari. Cuma 3 bulan sekali jer pegi klinik ambik injection. Yang lain biasa. Tak perlu reminder  tak perlu makan pil tak perlu risau. Peratus kejayaan mengikut fliyers yang aku dapat dari hospital untuk  kaedah ini adalah tinggi dan hampir 100%. Haa berikut adalah info yang aku dah lama nak update dalam blog aku nih untuk kegunaan sang isteri dan sang suami juga ya.... .

APAKAH KAEDAH SUNTIKAN

Sejenis hormon sintetik yang diberi secara suntikan intramuskular. Suntikan boleh diberi  setiap 1,2 dan 3 bulan mengikut jenis yang digunakan.

BAGAIMANA  KAEDAH SUNTIKAN DAPAT MENCEGAH KEHAMILAN
> Suntikan hormon akan menghalang pundi telur (ovari) dari mengeluarkan telur.
>Ia juga memekatkan lendir serviks dan menyukarkan sperma memasuki rahim.

BAGAIMANA MENGGUNAKAN KAEDAH INI
>Suntikan pertama diberi pada hari ke 5 pusingan haid atau 3 hari selepas keguguran atau 6 minggu selepas bersalin. Suntikan diberikan oleh petugas kesihatan yang terlatih.

KEBAIKAN KAEDAH SUNTIKAN
>Tidak mengurangkan pengeluaran susu ibu
>Sesuai untuk wanita berumur 40 tahun dan keatas
>Tidak perlu diambil setiap hari

KEBERKESANAN KAEDAH SUNTIKAN
>Keberkesanan yang tinggi (hampir 100 %)

PEMERIKSAAN KESIHATAN
>Pemeriksaan kesihatan perlu dilakukan oleh doktor seelok-eloknya sekali dalam bulan pertama dan seterusnya pada tiap-tiap tahun.

KESAN SAMPINGAN
Kesan sampingan yang mungkin berlaku ialah :
+ pening-pening
+Bertambah berat badan
+Sakit-sakit di payudara
+Pendarahan yang terlalu sedikit dan berterusan atau tidak datang haid.

Kesemua kesan ini hanya sementara dan akan hilang dengan sendiri. Sekiranya kesan sampingan membimbangkan, sila hubungi doktor.

Sumber : Bahagian Pendidikan Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia.

ADIOS MOGA ADER YANG DAPAT GUNAKAN INFORMASI NI.
SHARING IS CARING

No comments:

Post a Comment