Kepada semua pelanggan LSN yang dihormati. Sila ambil perhatian bahawa Kelas Jahitan anjuran LSN telah lengkap dan sedang dijalankan secara sepenuhnya.Semua pelanggan yang pernah membeli mesin dari LSN, LAYAK menyertai kelas jahitan ini secara PERCUMA sepenuhnya. Berikut adalah maklumat kelas jahitan tersebut.
- Lokasi: LSN, No. 24, Jalan Damai Perdana 1/8C, Bandar Damai Perdana, 56000 Cheras K.L.
- Masa: Setiap Sabtu 11.00am-1.00pm dan Setiap Ahad 12.00pm-2.00pm, SATU SESSI = 1 MINGGU
- Kelas jahitan tersebut merangkumi jahitan baju kurung, beg tangan, sulaman, quilting, dll lagi.
- Bagi melengkapkan satu sessi (skop), anda perlu melengkapkan kedua-dua kelas pada minggu yang sama.
- Anda boleh menghadiri lebih dari satu sessi sekiranya perlu, tiada cas tambahan dikenakan.
- Sila hubungi pihak LSN di talian 03-91025766 atau email ke enquiry@lsn-sewingmachines.com untuk membuat pendaftaran awal bagi menghadiri kelas tersebut. Harap maklum bahawa anda wajib menghadiri kelas pada minggu yang anda daftar. Sekiranya anda gagal menghadiri sessi kelas jahitan pada minggu yang didaftar, anda tidak lagi boleh menyertai kelas jahitan anjuran LSN secara percuma. Dalam kes ini, bayaran minima sebanyak RM50 (setiap sessi) akan dikenakan pada masa akan datang.
- Berikut adalah peralatan yang diperlukan bagi menghadiri kelas jahitan tersebut. Anda boleh mendapatkannya dari LSN, stok tersedia.
- SEWING CLASS KIT AND PRICE: TOTAL RM67.70
- 1. Kain 4 meter = RM12.00
- 2. Gunting Kecil -1 pc =RM2.00
- 3. Gunting Besar – 1 pc =RM19.00
- 4. Tailoring Tape – 1 pc=RM2.00
- 5. Pembaris 1 meter =RM12.00
- 6. L shape ruler – 1 pc=RM3.50
- 7. Pensil merah dan biru - 1 pc = RM3.50
- 8. Pensil 2B – 1 pc =RM1.20
- 9. Chalk – 1 pc = RM0.80
- 10. Tracing paper - 1pc RM1.00
- 11. Jarum jahit guna tangan – 1 box RM1.00
- 12. Jarum peniti – 1 box = RM1.00
- 13. Benang putih – 1 pc= RM1.20
- 14. Tracing wheel – 1 pc = RM2.00
- 15. Butang kecil – 1 pc - utk leher baju kurung =RM0.20
- 16. Hook big – 1 set - pencangkuk kain=RM0.20
- 17. Zip 8" putih – 1 pc= RM0.80
- 18. Kain gam - 3/4 meter - utk bahagian leher=RM0.50
- 19. Getah pinggang 1" - 1/2 inch- 1 meter=RM0.80
- 20. Shoulder span – 1 set= RM1.00
- 21. Brown paper – 2 pcs=RM0.50
- 22. Seam reaper/penetas benang -1 pc=RM1.00
Kepada yang tidak pernah membeli mesin jahit dari LSN, anda masih boleh menyertai kelas ini, namun yuran sebanyak RM100 (tidak termasuk peralatan jahitan) perlu dibayar bagi setiap sessi. Harap maklum.
SELAMAT MENGHADIRI KELAS JAHITAN ANJURAN LSN DAN SELAMAT MENJAHIT!
__________________
tread ni thn 2009 punyer.harap ader lg. sumber : http://www.wanitamelayu.com/forum/showthread.php?t=34482
nety lagi!
ReplyDeletesemalam dapat e-mail dari lsn. sabtu dan ahad ni ader sesi belajar buat baju kurung. aku dah pandai buat baju kurung ni, tapi maybe ader knowledge baru yang akan membantu kat kelas tu. tapi minggu ni tak dapat pegi. next time insyaAllah.